raksaan ini sangan mirip katak kita perlu


Raksasa Qadqad my hero
da best
yyds
wuhooo

KUMPULAN 2
Hakimi
Auni
Haziqah
Wan

Sinopsis
Talia dan keluarganya merupakan masyarakat orang asli yang tinggal di kawasan pedalaman bersama-sama dengan puaknya. Pada suatu hari, sewaktu bermain-main di sempadan huma berdekatan dengan hutan di lereng Bukit Ungu, Talia telah menjumpai seekor katak raksasa. Bahagian tepi kepala katak itu luka seperti dilibas gergaji. Talia berasa kasihan akan katak raksasa itu. Dia merawat katak itu dengan menggunakan pucuk daun dalut. Katak tersebut pulih dan terus menghilang di dalam hutan. Talia bercerita tentang katak raksasa itu kepada ibunya. Bapa Talia, Dodo menganggap cerita tersebut sebagai khayalan Talia sahaja. Namun begitu, tanggapan ibu dan bapa Talia berubah beberapa minggu selepas itu. Kisah ahli-ahli suku berselisih dengan sekeluarga makhluk seperti yang diceritakan oleh Talia di denai yang sama heboh diperkatakan. Penduduk kampung menggelar katak raksasa tersebut sebagai Raksasa Qadqad bersempena dengan bunyi yang dihasilkan oleh katak tersebut. Penduduk kampung bimbang jika mereka terpaksa berpindah lagi kerana mereka semua baru beberapa bulan berpindah ke Bukit Ungu

Nilai
(a) Baik hati.
(b) Kasih sayang.
(c) Keberanian.
(d) Kegigihan.
(e) Tanggungjawab.
(f) Tolong-menolong.

Watak dan Perwatakan
Talia
(a) Seorang budak perempuan kecil berketurunan orang asli.
(b) Anak kepada Dodo dan Misa.
(c) Bersifat belas kasihan dan suka menolong.
(d) Bersahabat dengan Raksasa Qadqad.
Raksasa Qadqad
(a) Rupanya mirip katak.
(b) Mempunyai sepasang tanduk kecil di kepala.
(c) Mempunyai taring.
(d) Mampu meloncat tinggi.
Dodo
(a) Ayah kepada Talia dan Jini.
(b) Isterinya bernama Misa.
(c) Seorang yang penyayang.
(d) Bapa yang bertanggungjawab.
Binjah
(a) Seorang saudagar yang tamak.
(b) Kejam dan tidak bertimbang rasa.
(c) Mementingkan kekayaan
Sidek
(a) Bekerja sebagai pemandu kereta api.
(b) Bekerja dengan Binjah.
(c) Baik hati.

Persoalan
(a) Buat baik akan dibalas baik.
(b) Kasih sayang terhadap keluarga.
(c) Sikap tamak segelintir manusia.
(d) Kesusahan masyarakat orang asli yang tinggal di kawasan pedalaman.
(e) Persahabatan antara manusia dengan haiwan.
(f) Kepentingan alam semula jadi kepada manusia.

Tema
Konflik antara manusia dengan alam semula jadi

Pengajaran
(a) Kita haruslah bersimpati terhadap semua makhluk yang berada di sekeliling kita.
(b) Kita mestilah menyayangi anggota keluarga kita.
(c) Kita haruslah berani mempertahankan hak kita.
(d) Kita haruslah memberikan pertolongan kepada orang yang ditimpa kesusahan.
(e) Kita hendaklah menjaga alam semula jadi.